+60 19-388 8496 [email protected]

V1 Imtiyaz Educare

Mendidik Anak Hebat
Menu
  • Kembali
  • KAFA
  • TASKA
  • Tadika
  • Peluang Kerjaya

TASKA

TASKA (Taman asuhan kanak-kanak) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beroperasi sejak tahun 2019 menggunakan konsep Playschool.

Program taska playschool Imtiyaz


Kami menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan kemahiran mandiri melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan selamat untuk anak-anak berumur 2 & 3 tahun. Sila rujuk gambar aktiviti di bahagian bawah laman ini.

Selari dengan aspirasi nasional pendidikan awal kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, kami menawarkan nilai tambah dalam perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berumur 2-3 tahun di premis TASKA yang selesa, selamat serta dilengkapi dengan pelbagai alat-alat permainan pendidikan (educational toys).

Dengan usia operasi selama 6 tahun semenjak Januari 2019, kami telah membantu ramai kanak-kanak mengembangkan potensi diri mereka lebih awal berbanding rakan mereka yang lain termasuk boleh bergaul dengan baik, memahami mesej/arahan ringkas, menguasai perkataan-perkataan baru, mengenal asas huruf dan nombor, menghafal doa-doa pendek dan menguruskan diri sendiri termasuk ketika makan dan membuang air kecil/besar sebagai persediaan masuk ke program Tadika kelak.

MENGAPA MEMILIH TASKA/Playschool IPCC

Imtiyaz Playbased Childcare Centre (IPCC) merupakan sebuah institusi yang telah mendapat kelulusan penuh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Selangor untuk beroperasi sebagai sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).


Selain telah mendapat kelulusan daripada pihak JKM, premis TASKA juga telah menerima lawatan daripada pihak Bomba dan Jabatan kesihatan serta telah diberi sokongan sebagai premis yang selamat.

Kami menyediakan kelas yang selesa dan berpendingin hawa. Bilangan pelajar dihadkan mengikut kapasiti yang terlah ditetapkan oleh pihak JKM bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian penuh oleh pengasuh/pendidik.

Para pengasuh dan pendidik kami telah mengikuti program Kursus Asuhan PERMATA anjuran JKM, menjadikan mereka mempunyai pengetahuan dan menguasai kemahiran pengasuhan kanak-kanak pra-sekolah melalui pelbagai aktiviti pendidikan secara bermain, menyeronokkan dan selamat.

TESTIMONI IBU-BAPA IPCC

“Setakat ini dia dah capai lebih daripada apa yang saya harapkan. Dia seorang anak yang manja. Saya hanya berharap Nashriq dapat bergaul dengan kawan-kawan dan kenal lebih ramai orang selain daripada mak dan ayah dia serta belajar mengurus diri sendiri. Tapi bila dia dah tahu asas ABC, 123 dan lain-lain pengetahuan asas itu sebenarnya bonus bagi dia.” – Puan Zahrutulhasaniah, Mama Nashriq Syaweel (Pelajar IPCC, 2 tahun)

“Eleena dulu speech delay. Semenjak di IPCC banyak sangat peningkatan. Apa yang saya harap Eleena makin fasih bercakap dan pandai bersosial. Dia juga semakin meningkat dalam aspek emosional, pandai berdikari dan dapat berkawan dengan kawan-kawan yang baik.” – Puan Nor Farzana, mana Eleena Farisya (Pelajar IPCC, 3 tahun)

PERKHIDMATAN DAN WAKTU OPERASI

  • Program Pendidikan IPCC : 08.00 pagi – 12.00 petang
  • Penjagaan hingga 3.00 petang : 12.00 tengahari – 03.00 petang
  • Penjagaan hingga 6.30 petang : 12.00 tengahari – 06.30 petang

Anak-anak boleh dihantar seawal jam 7.00 pagi. Perincian jadual aktiviti akan diterangkan oleh ketua guru di premis IPCC. Sila buat temujanji dengan menghubungi talian 017-2109739 (Teacher Shahidah).

YURAN DAN PAKEJ PERKHIDMATAN

  • Yuran Tahunan : RM1,546*
  • Yuran bulanan program pendidikan IPCC : RM365
  • Yuran bulanan penjagaan hingga 3.00 petang : RM100
  • Yuran bulanan penjagaan hingga 6.30 petang : RM200

* Jumlah yuran tahunan yang dinyatakan adalah, termasuk pembayaran yuran pendaftaran, t-shirt uniform, aktiviti dan peralatan PBL (Play-based Learning), alat permainan pendidikan dan takaful.

LOKASI PREMIS TASKA IPCC

Klik untuk lihat lokasi premis TASKA di Google Maps –> No.2 Jalan Beranang Dua 27/14B, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam

Premis taska Imtiyaz

PENDAFTARAN

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Sila hubungi ketua guru Teacher Shahidah di talian 017-2109739 atau klik butang DAFTAR SEKARANG di bawah untuk menempah tempat lebih awal secara atas talian.

DAFTAR SEKARANG


Kami akan menghubungi anda setelah menerima pendaftaran secara atas talian untuk mengaturkan sesi penerangan berkenaan program TASKA IPCC termasuk modul, aktiviti, jadual, menu pemakanan dan yuran perkhidmatan.

GAMBAR AKTIVITI

Cognitive
Language & Literacy
Language & Literacy
Cognitive
Language & Literacy
Cognitive
Language & Literacy
Cognitive
Language & Literacy
Language & Literacy
Language & Literacy
Cognitive
Independence + Islamic value
Physical + Independence
Physical + Independence
Physical
Physical + Independence
Independence + Islamic value
Physical + Independence
Physical + Independence + Islamic Value
Independence
Physical
Physical
Physical
Physical
Physical + Socio Emotional
Physical + Socia Emotional
Physical + Independence
Physical + Socio Emotional
messy play taska playschool Imtiyaz
Physical + Socio Emotional
Physical + Socio Emotional
Pembangunan fizikal dan sosio emosi taska playschool Imtiyaz
Physical + Socio Emotional
Socio Emotional
Physical + Socio Emotional
Socio Emotional
Aktiviti pendidikan ekspresi taska playschool Imtiyaz
Socio Emotional
Creative Expression
Creative Expression
Creative Expression + Socio Emotional
Physical + Creative Expression
Creative Expression
Creative Expression
Physical + Creative Expression
Physical + Creative Expression
Cognitive + Creative Expression
Language & Literacy
Language & Literacy + Creative Expression
Aktiviti art&craft taska playschool Imtiyaz
Language & Literacy + Creative Expression

Category

  • No categories

Archives

Pusat Operasi

Sekolah Rendah Islam (KAFA) beroperasi di Cyberjaya manakala program Playschool beroperasi di Taman Alam Megah, seksyen 27 Shah Alam. Kedua-dua Cawangan kini di uruskan oleh Rangkaian Semut Hitam Sdn Bhd. (RSHSB). RSHSB juga mengoperasikan 2 buah Tadika menggunakan modul The Little Caliphs Program di Taman Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam dan juga di Taman Ilmu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Galeri Gambar
Pejabat Urusan

Rangkaian Semut Hitam Sdn Bhd 1448822-W Suite 4803-2-06 Blok 4803 CBD Perdana 1, Persiaran Flora off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.


+60 19-388 8496

[email protected]

Copyright © Imtiyaz Educare 2024. All Rights Reserved
Maintained By RSHSB